Monday, 7 October 2013

Jenayah Siber

Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber.

Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya berlaku apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu. Misalnya, terdapat pihak – pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya.

Selain itu, perjudian secara maya juga merupakan satu jenayah. Tidak seperti perjudian yang biasa, perjudian secara maya menjadi jenayah siber kerana tidak berdaftar. Apabila hal ini terjadi maka risiko hilang wang pertaruhan dan penipuan adalah tinggi.

Kecurian maklumat, lebih- lebih lagi maklumat peribadi boleh terjadi di alam siber. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada bahaya. Kes kecurian maklumat seperti ini terjadi apabila pengguna internet tidak berhati – hati dengan maklumat peribadi mereka.

Salinan data secara tidak sah kerap berlaku dalam alam maya. Apabila sesuatu itu dilakukan secara tidak sah maka secara automatiknya perbuatan ini diklasifikasikan sebagai jenayah. Kebenaran bagi menyalin data daripada sumber internet adalah perlu dari segi undang – undang. Sekiranya tiada kebenaran yang diperoleh, maka perbuatan ini dianggap sebagai jenayah kerana menyalin data tanpa kebenaran.


so kita sebagai pengguna internet kita perlu tahu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu kita lakukandi internet... kita x boleh dengan sesuka hati memberi maklumat kita di mana-mana laman... kita perlu pastikan yang laman tersebut adakah ia dilindungi atau tidak... ini supaya maklumat kita tidak dicri dan disalahguna oleh phak ketiga...

heart said : final exam dah x berapa hari lagi ... tapi,,, x study lagi ... 

Sunday, 6 October 2013

Internet Marketing

pejam celik pejam celik dah nak abis semester 6 dah... rupa-rupanya dah 3 tahun miss belajar kat PTSB, Kulim nie... miss rasa macm baru jerk datang kat PSB nie... bila dah masuk semester 6 nie,,, macam2 lah bende baru belajar... antaranya subjek IM... apa tu IM??? IM tu Internet Marketing... apa pulak Internet Marketing tu ??? belajar apa ??? dalam Internet Marketing miss belajar pasal macm mana nak dekat dengan pelanggan bagi sesebuah organisasi tu... apa cara2 yang boleh digunakan untuk dekat dan berhubung dengan pelanggan ,,, cara untuk mengatasi masalah2 yang dihadapi dan macam2 lagi...

sepanjang 4 bulan miss belajar Internet Marketing nie,,, miss rasa agak seronok ... sbb dapat masuk lab kat jabatan miss tu ...yang tambahkan lagi seronoknya kat lab tu die punya pc besar ... macm tv 42 inchi ... gagagagag .... gurau jerk ... boring lah kalau asyik nak serius jerk ... sekali sekala dalam hidup nie kene ade lawak nya ..baru lah orang x jemu ...

kembali semula pasal Internet Marketing ... dah jauh terpesong nie ...agak menyeronokkan jugak subjek Internet Marketing nie ... sbb dalam Internet Marketing miss akan jadi sebagai pengguna dan juga pemasar atau orang yang menyediakan servis atau produk. jika miss duduk sebagai pengguna,, miss mahukan sesuatu informasi yang berguna dari pemasar untuk miss dapat membezakan antara produk pemasar dengan produk2 yang lain... mungkin pemasar A dan pemasar B menjual produk yang sama... tetapi mereke menjual barang tersebut dengan harga yang berbeza... pemasar A jual dengan harga yang rendah tetapi pemasar B jual dengan harga yang agak tinggi... jadi miss akan pilih pemasar yang jual dengan harga yang rendah... miss x kan beli dengan harga yang mahal... sbb nak jimat kos... sekarang semua benda dah mahal...

jka miss duduk di tempat pemasar atau mungkin orang yang menyediakan servis atau produk pulak,, miss kene pikir cara apa yang terbaik,,, apa yang nak digunakan untuk mendekati pelangan2 miss... miss kene pilih salura yang betul dan tetap... miss x boleh main pilih jerk... nanti miss yang rugi... bila dah rugi,,, miss kene lah ttp kedai... sbb dah x de orang nak datang kat kedai miss... sedih lah miss macam nie... terpaksa lah miss makan pasir jerk... sbb dah x mampu nak beli beras nak masak nasi....

bila dah nak habis sem nie,,,miss rase x menyesal lah belajar subjek Internet Marketing nie.. ia subjek yang menyeronokkan untuk dipelajari oleh seorang student... ia sangat berguna untuk digunakan di masa hadapan...

sampai di sini sahaja berita untuk hari ini ... sehingga kita bertemu di ari dan waktu yang tak di tetapkan lagi ... sehingga ketemu... 


heart said : dah nak final exam !!!! takut ... (macam x biasa jawab final jerk kan ???)