Monday, 7 October 2013

Jenayah Siber

Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber.

Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya berlaku apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu. Misalnya, terdapat pihak – pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya.

Selain itu, perjudian secara maya juga merupakan satu jenayah. Tidak seperti perjudian yang biasa, perjudian secara maya menjadi jenayah siber kerana tidak berdaftar. Apabila hal ini terjadi maka risiko hilang wang pertaruhan dan penipuan adalah tinggi.

Kecurian maklumat, lebih- lebih lagi maklumat peribadi boleh terjadi di alam siber. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada bahaya. Kes kecurian maklumat seperti ini terjadi apabila pengguna internet tidak berhati – hati dengan maklumat peribadi mereka.

Salinan data secara tidak sah kerap berlaku dalam alam maya. Apabila sesuatu itu dilakukan secara tidak sah maka secara automatiknya perbuatan ini diklasifikasikan sebagai jenayah. Kebenaran bagi menyalin data daripada sumber internet adalah perlu dari segi undang – undang. Sekiranya tiada kebenaran yang diperoleh, maka perbuatan ini dianggap sebagai jenayah kerana menyalin data tanpa kebenaran.


so kita sebagai pengguna internet kita perlu tahu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu kita lakukandi internet... kita x boleh dengan sesuka hati memberi maklumat kita di mana-mana laman... kita perlu pastikan yang laman tersebut adakah ia dilindungi atau tidak... ini supaya maklumat kita tidak dicri dan disalahguna oleh phak ketiga...

heart said : final exam dah x berapa hari lagi ... tapi,,, x study lagi ... 

No comments: