Thursday, 10 October 2013

Lambakan 'Social Network'

jumpa lagi kita di laman blog miss yang x berapa nak cantik nie... same lah macam miss yang x berapa nak cantik nie... so hari nie miss nak bercerita pasal lambakan social network... kalau kita dapat tengok sekarang,, terdapat macam2 social network yang ada kat internet nie... antaranya,,, Facebook,,, Twitter,,,Instagram,,, WeChat,,, What's Up,,, Line,,, Kakao Talk dan sebagainya... sebenarnya banyak lagi tapi kalau semua miss sebut kat sini penuh lah entry kali nie dengan nama2 social network tu semua... dah tu nanti miss nak sembang apa kat sini ???




so miss pilih Twitter sebagai contoh social network... "Twitter is an online social networking and microblogging service that enables users to send and read "tweets", which are text messages limited to 140 characters. Registered users can read and post tweets but unregistered users can only read them. Users access Twitter through the website interface, SMS, or mobile device application." sumber dari wikipedia... copy paste jerk ...


Twitter nie start operation pada 15 July 2006… la lama dah lah Twitter nie operate… mase tu miss baru form 2… x tahu apa2 langsung pasal internet nie… pkai phone pun x lagi… sbb pade mase tu,, miss rase phone tu x penting pun …. Tapi kalau masa sekarang,, phone tu satu keperluan bagi setiap orang… back to the story sbb dah jauh terpesong pulak… Twitter sekarang dah punyai lebih dari 5 billion orang yang register … banyaknya!!!! Dan salah satu dari 5 billion mesti ade korang kan ??? ala tanye jerk… bukannya nak marah …

Twitter nie opens for all ages… so sape2 boleh register… tapi adik2 yang masih belajar kat sekolah rendah or menengah tu x payah lah nak ade akaun Twitter nie… adik2 belajar lagi bagus… nanti bila cikgu buat exam,,, bukannya keluar soalan pasal Twitter pun… cikgu langsung x sentuh cerita pasal Twitter… nanti bila x dapat jawab soalan exam,, sapa dapat susah ??? adik2 jugak kan ??? then bila x lulus kene marah dgn mak ayah… bila dah kene marah mula lah nak twit pasal kene marah dgn mak ayah sbb x lulus exam….

Kat Twitter nie jugak kita boleh tambah kawan dengan kita follow dieorng… tapi kalau kita x bekenan boleh jerk unfollow… Twitter pun kita boleh setting kan private… so nanti pada sapa2 yang belum follw kita,, dieorg x boleh nak tengok apa yang kita twit kan kat Twitter,, nak tengok senarai follower and following pun x boleh tengok… once dieorng dah follow baru boleh tengok…
Twitter nie jugak kita boleh customize... kita boleh pilih mana background yang kita suka... so nanti cantik lah background kita ... warna tulisan pun kita boleh tukar ... boleh pilih mana2 color yang kita suka atau minat ...

sebagai pengguna internet,,, kita kene berhati2 dalm beri maklumat kita,,, post gambar2 kita dan kita kene pastikan yang segala maklumat kita yang berada kat internet tu selamat ... sbb nanti senang jerk orang nak amik gambar tu dan nanti buat yang bukan2 pada gambar kita ... nanti sapa yang dapat malu ??? kita jugak kan ... so berhati-hati lah ketika menggunakan internet ...

Heart said : kekusutan,,, kecelaruan,,, kebingungan…

Iklan Komersial


Monday, 7 October 2013

Jenayah Siber

Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber.

Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya berlaku apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu. Misalnya, terdapat pihak – pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya.

Selain itu, perjudian secara maya juga merupakan satu jenayah. Tidak seperti perjudian yang biasa, perjudian secara maya menjadi jenayah siber kerana tidak berdaftar. Apabila hal ini terjadi maka risiko hilang wang pertaruhan dan penipuan adalah tinggi.

Kecurian maklumat, lebih- lebih lagi maklumat peribadi boleh terjadi di alam siber. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada bahaya. Kes kecurian maklumat seperti ini terjadi apabila pengguna internet tidak berhati – hati dengan maklumat peribadi mereka.

Salinan data secara tidak sah kerap berlaku dalam alam maya. Apabila sesuatu itu dilakukan secara tidak sah maka secara automatiknya perbuatan ini diklasifikasikan sebagai jenayah. Kebenaran bagi menyalin data daripada sumber internet adalah perlu dari segi undang – undang. Sekiranya tiada kebenaran yang diperoleh, maka perbuatan ini dianggap sebagai jenayah kerana menyalin data tanpa kebenaran.


so kita sebagai pengguna internet kita perlu tahu apa yang perlu dan apa yang tidak perlu kita lakukandi internet... kita x boleh dengan sesuka hati memberi maklumat kita di mana-mana laman... kita perlu pastikan yang laman tersebut adakah ia dilindungi atau tidak... ini supaya maklumat kita tidak dicri dan disalahguna oleh phak ketiga...

heart said : final exam dah x berapa hari lagi ... tapi,,, x study lagi ... 

Sunday, 6 October 2013

Internet Marketing

pejam celik pejam celik dah nak abis semester 6 dah... rupa-rupanya dah 3 tahun miss belajar kat PTSB, Kulim nie... miss rasa macm baru jerk datang kat PSB nie... bila dah masuk semester 6 nie,,, macam2 lah bende baru belajar... antaranya subjek IM... apa tu IM??? IM tu Internet Marketing... apa pulak Internet Marketing tu ??? belajar apa ??? dalam Internet Marketing miss belajar pasal macm mana nak dekat dengan pelanggan bagi sesebuah organisasi tu... apa cara2 yang boleh digunakan untuk dekat dan berhubung dengan pelanggan ,,, cara untuk mengatasi masalah2 yang dihadapi dan macam2 lagi...

sepanjang 4 bulan miss belajar Internet Marketing nie,,, miss rasa agak seronok ... sbb dapat masuk lab kat jabatan miss tu ...yang tambahkan lagi seronoknya kat lab tu die punya pc besar ... macm tv 42 inchi ... gagagagag .... gurau jerk ... boring lah kalau asyik nak serius jerk ... sekali sekala dalam hidup nie kene ade lawak nya ..baru lah orang x jemu ...

kembali semula pasal Internet Marketing ... dah jauh terpesong nie ...agak menyeronokkan jugak subjek Internet Marketing nie ... sbb dalam Internet Marketing miss akan jadi sebagai pengguna dan juga pemasar atau orang yang menyediakan servis atau produk. jika miss duduk sebagai pengguna,, miss mahukan sesuatu informasi yang berguna dari pemasar untuk miss dapat membezakan antara produk pemasar dengan produk2 yang lain... mungkin pemasar A dan pemasar B menjual produk yang sama... tetapi mereke menjual barang tersebut dengan harga yang berbeza... pemasar A jual dengan harga yang rendah tetapi pemasar B jual dengan harga yang agak tinggi... jadi miss akan pilih pemasar yang jual dengan harga yang rendah... miss x kan beli dengan harga yang mahal... sbb nak jimat kos... sekarang semua benda dah mahal...

jka miss duduk di tempat pemasar atau mungkin orang yang menyediakan servis atau produk pulak,, miss kene pikir cara apa yang terbaik,,, apa yang nak digunakan untuk mendekati pelangan2 miss... miss kene pilih salura yang betul dan tetap... miss x boleh main pilih jerk... nanti miss yang rugi... bila dah rugi,,, miss kene lah ttp kedai... sbb dah x de orang nak datang kat kedai miss... sedih lah miss macam nie... terpaksa lah miss makan pasir jerk... sbb dah x mampu nak beli beras nak masak nasi....

bila dah nak habis sem nie,,,miss rase x menyesal lah belajar subjek Internet Marketing nie.. ia subjek yang menyeronokkan untuk dipelajari oleh seorang student... ia sangat berguna untuk digunakan di masa hadapan...

sampai di sini sahaja berita untuk hari ini ... sehingga kita bertemu di ari dan waktu yang tak di tetapkan lagi ... sehingga ketemu... 


heart said : dah nak final exam !!!! takut ... (macam x biasa jawab final jerk kan ???)